;
Ramadahan Tempat Melepaskan Diri dari Segala Kemungkaran::..


Assalamu’alaikum……

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi kita dapat bertemu di alam maya ini. Selawat dan salam juga kpd junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.


Disini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat melalui pembacaan buku yg dikarang oleh Syaikh Muhammad Ad-Dubaisi.


Berdasarkan tajuk diatas, seperti yang antum semua ketahui bagaimana susahnya untuk membuang sesuatu yang menjadi tabiat kita, Cuma hanya diri kita sendiri yang dapat menilainya. Mungkin kerana kita rasa diri kita belum berada dalam waktu yang sesuai untuk betul-betul beribadat kpd Allah.


Tetapi ideology itu perlu dibuang jauh-jauh kerana Allah telah mengurniakan satu waktu/bulan tertentu yang penuh dengan barakah serta rahmat yakni Shahru Ramadhan. Dalam bulan ini, Allah Ta’ala telah memberikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang sungguh menakjubkan(e.g-semua pintu syurga dibukakan, ditutup pintu neraka, tiap satu pahala digandakan 70, dll..). Jadi tiada alasan untuk hendak berubah.


Seperti yang ana sebutkan tadi bahawa sukar untuk membuang perbuatan buruk yang menjadi tabiat kita. Umpa

ma rama-rama yang ingin keluar dari kepompong. Begitu sukar untuk serangga itu, tapi ia tetap perlu berusaha sendiri untuk mengecapi kehidupan yg bebas.

Begitu jugalah kita, jika inginkan kehidupan yang aman tenteram serta diberkati Allah, perlulah

berusaha untuk keluar dari belenggu kejahatan serta memecahkan kebekuan jiwa dan kesombongan.


Usaha itu akan dapat dicapai jika kita betul-betul memanfatkan bulan ini dengan berpuasa, bangun malam(qiyamullail), berzikir sepanjang ramadhan, bersedekah, dan melakukan ibadat-ibadat lain. Semua itu perlulah dilakukan dengan ikhlas tanpa ada sedikitpun sifat takabbur.


Jadi hasil yang akan kita dapat teramatlah banyak jika kita betul-betul memanfatkan bulan ini dengan amalan dan ibadah sepanjang bulan.


Secara tidak langsung kita telah mendidik diri kita supaya merendah diri dan takut akan Allah S.W.A. Dan apabila cinta kita sudah diletakkan pada Rabbuljalil, kita akan lebih berhati-hati supaya tidak terbabit dalam melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Akhir kalam, ana ingin minta maaf jika ada tersilap taip ataupun bahasa serta jika tersindir mana-mana belah pihak. Harap dapat dimaafi….

Wallahu’alam..

..::[SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA]::..

0 Responses

  • Ruang Ukhwah]>>


    ShoutMix chat widget

    Followers

    Profile Generasi

    My photo
    Yan, Kedah, Malaysia
    Dilahirkan pada tahun 2006 di Maktab Mahmud Yan. Umur 16 tahun, masih bergelar pelajar dan pemimpin...

    Intellectual Generation ]>>-